Baru-baru ini kita dikejutkan apabila penyanyi dan komposer Zynakal didenda kerana mencekik seorang pekerja stesen minyak dan ramai yang mendakwa dia di bawah pengaruh dadah.
BACA : “Dia Kelakar & Sangat Berbakat” – Nazim Othman Buat Video Luahkan Rasa Sedih Untuk Zynakal
Rupa-rupanya, tindakan Zynakal itu berkait rapat dengan masalah gangguan mental dan kini dia ditahan di wad psikiatri, Hospital Besar Kuala Lumpur pada Sabtu lalu.
Menurut teman rapatnya iaitu Syazwan Zanini, Zynakal disahkan menghidap bipolar mania dan perlu menjalani beberapa siri rawatan pemulihan di hospital.
“Setelah mahkamah menjatuhkan hukuman denda pada Jumaat lalu, kami pujuk dia untuk ke hospital kerana nampak lain pada dirinya yang menggambarkan itu bukan dia.
“Awalnya dia menolak, namun akhirnya dia akur dengan permintaan kami, hasil pemeriksaan doktor mendapati dia menghidap salah satu masalah pada mental dan perlu mendapatkan rawatan segera.
“Buat masa ini tak dapat dipastikan bila dia akan dibenarkan pulang,” – jelas Syazwan Zanini kepada mStar.
Syazwan juga memberitahu emosi Zynakal masih belum stabil dan kelakuannya tidak boleh dijangka dn turut menafikan dakwaan netizen kononnya Zynakal dibawah pengaruh bahan terlarang.
“Dia masih belum stabil, kadang-kadang dia okay tapi tiba-tiba boleh berubah menjadi tak okay.
“Watak dia pelbagai dan kadang-kadang kita tak faham apa yang cuba disampaikan dalam perbualan… kalau anda kenal dia, anda akan tahu itu bukan dia!” – Syazwan Zanini
Apa itu penyakit Bipolar Mania?
Sebenarnya, Bipolar Mania ini merupakan salah satu gangguan pada mental yang menyebabkan emosi seseorang pesakit berubah-ubah.
Antara simptom yang ditunjukkan oleh mereka yang berdepan penyakit ini ialah rasa gembira, lebih aktif dari biasa, masalah untuk tidur, rasa gelisah, cepat marah, melakukan sesuatu benda berisiko dan bercakap dengan cepat.
Leave a Reply