Artis ‘BBNU’ Zynakal Didenda RM2,800, Cederakan Pekerja Stesen Minyak & Halang Kerja Polis

Semalam ramai yang berteka-teki siapakah artis ‘budak baru nak up’ yang didakwa mencekik seorang pekerja sbuah stesen minyak di Ampang, akhirnya sudah terjawab penyanyi dan komposer itu sudah pun dijatuhkan hukuman di Mahkamah Majistret Ampang pagi tadi.

BACA : Fareez Fauzi Dedah Cerita Artis ‘BBNU’ Cekik Staff Stesen Minyak

Memetik laporan Harian Metro, penyanyi dan komposer, Zynakal didenda RM800 kerana mencederakan pekerja stesen minyak dan bagi pertuduhan menghalang penjawat awam, dia didenda RM2,000.

Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali menjatuhkan hukuman itu terhadap Zynakal, 21 tahun, atau nama sebenarnya Muhammad Raziq Rosli, selepas tertuduh mengaku salah ke atas kedua-dua pertuduhan itu.

Sekiranya Zynakal gagal membayar denda yang dikenakan, dia akan berdepan hukuman penjara enam bulan. Namun, tertuduh telah membayar denda terbabit.

Jika diikutkan, anak saudara kepada penyanyi Zamani itu didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya.

Dengan alasan idak mempunyai pendapatan tetap dan hanya bekerja sebagai penulis lirik dan komposer, Zynakal yang tidak diwakili peguam memohon dikenakan hukuman denda yang rendah.

“Baru Lepas Pijak Kepala Pekerja…” – Fareez Fauzi Dedah Cerita Artis ‘BBNU’ Cekik Staff Stesen Minyak

2 Trackbacks / Pingbacks

  1. "Dia Kelakar & Sangat Berbakat" - Nazim Othman Buat Video Luahkan Rasa Sedih Untuk Zynakal - TEHPANAS
  2. “Dia Kelakar & Sangat Berbakat” – Nazim Othman Buat Video Luahkan Rasa Sedih Untuk Zynakal - Info Sebenar

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*