Peminat Hantar Foto Lucah, Zizi Kirana Terkejut & Seram Sejuk

Penyanyi Zizi Kirana menceritakan dia telah menerima foto lucah daripada peminat dan ada juga yang menghantar mesej berbaur lucah.

BACA : “Saya Bertudung Kerana Hormat Ramadan” – Zizi Kirana Jawab Isu Buka Tudung

Zizi mengakui terkejut dan rasa seram sejuk apabila menerima foto tidak senonoh itu pada bulan Ramadan yang lalu.

“Pada bulan Ramadan lalu, saya muncul dengan penampilan yang lebih sopan sepanjang bulan puasa. Walaupun ketika bulan Ramadan itu saya dah ‘tutup semua’, masih juga ada yang menghantar mesej… Ada yang nak ‘tengok’ pula tu.. Aduh.

“Saya juga mendapat komen yang ‘macam tu’ ketika bulan puasa. Siap hantar-hantar gambar… Seram akak dik… Bulan puasa, batal puasa akak,” – Zizi Kirana.

Menurut Zizi, dia tidak mengambil sebarang tindakan lanjut seperti membuat laporan polis selagi perkara terbabit tidak membahayakan diri dan keluarganya.

“Selagi ia tidak membahayakan saya atau keluarga, saya tak akan buat laporan. Sebab saya rasa orang-orang yang bersifat seperti itu adalah ‘gila’.

“Nasihat saya, cukup-cukuplah. Apabila terjadi perkara itu, saya dapat lihat yang bukan pakaian saya yang jadi masalah, mereka punya ‘mental’ dan hati yang kotor.

“Jadi, benda itu jadi bebanan dalam hidup mereka. Padahal, orang lain hidup bahagia je. Rileks-rileks sudah, jangan buat macam tu… Tak elok,” – Zizi Kirana.

Zizi juga menyifatkan mereka yang melakukan perkara terbabit adalah ‘gila’ dan bukanlah pakaianya yang jadi masalah seperti mana yang dikatakan banyak pihak mengenai penampilannya yang seksi.

Sumber : Gempak

“Saya Bertudung Kerana Hormat Ramadan” – Zizi Kirana Jawab Isu Buka Tudung

Carian Anda :

5 Trackbacks / Pingbacks

  1. "Yang Penting Dia Bagi Salam" - Fatin Afeefa Tergelak Peminat Minta Gambar Lucah Tapi Bagi Salam - TEHPANAS
  2. (Video) Gambar Kahwin Zizi Kirana & Ebby Yus Viral, Peminat Zizi Kecam Ebby
  3. Gambar ‘Kahwin’ Zizi Kirana & Ebby Yus Viral, Peminat Kecewa Zizi Memilih Ebby - Info Sebenar
  4. "Budak Sekolah Pun Minta Gambar Payudara" - Zizi Kirana Anggap Hati Netizen Kotor - TEHPANAS
  5. “Budak Sekolah Pun Minta Gambar Payudara” – Zizi Kirana Anggap Hati Netizen Kotor - Info Sebenar

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*