Ramai yang marah dan mempersoalkan apabila penyanyi Zizi Kirana kembali berpakaian seksi dan tidak terus bertudung seperti sepanjang bulan Ramadan lepas.
“Saya tahu ramai yang marah dan bertanya kenapa tidak terus bertudung selepas Syawal, tetapi saya tidak mahu hidup berpura-pura.
“Apa yang dilihat di luar dan di media sosial, itu diri saya yang sebenar. Saya tidak perlu hidup dalam kepalsuan hanya kerana mahu meraih perhatian dan pujian,” – Zizi Kirana
Zizi menjawab persoalan tersebut dengan tenang dan dia menjelaskan walaupun belum bersedia untuk bertudung, dia sentiasa berusaha membentuk diri menjadi insan yang lebih baik, memetik Berita Harian.
“Sebelum ini, saya bertudung kerana menghormati bulan Ramadan, selain menyahut cabaran berhijab seperti yang dicetuskan Mizz Nina.
“Tiada siapa yang memaksa saya melakukannya, sebaliknya saya buat atas kerelaan sendiri. Sama seperti orang lain, saya juga mahu berubah ke arah yang lebih baik dan berharap usaha itu dipermudahkan,” – Zizi Kirana
Dia memberitahu lagi, dia bertudung sebelum ini bukan saja menghormati bulan Ramadan, malah dia menyahut cabaran berhijab seperti yang dicetuskan oleh Mizz Nina.
Leave a Reply