Zikri Armstrong Mengaku Tidak Bersalah Fitnah Orang Asli, Diikat Jamin RM6,000

Susulan menyebarkan berita palsu yang mendakwa remaja Ireland, Nora Anne Quoirin dirogol oleh Orang Asli, Zikri Armstrong atau nama sebenarnya Muhammad Zikri Ibrahim, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini.

BACA : Dakwa Nora Anne Dirogol Orang Asli, Zikri Armstrong Ditahan Polis

Bagaimanapun lelaki berusia 29 tahun itu mengaku tidak bersalah sebaik saja pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noorasyikin Sahat.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menggunakan Twitter akaun “Zikri Armstrong” dengan sengaja mengaibkan dan membuat kenyataan yang boleh membangkitkan kemarahan kepada masyarakat Orang Asli.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan, memetik Harian Metro.

Terdahulu, Julia menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin kepada tertuduh namun peguam tertuduh, Muhammad Syazwan memohon mahkamah memberikan jaminan yang rendah kepada anak guamnya atas alasan tertuduh bakal berkahwin Disember ini dan bapa tertuduh akan menjaminnya.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 19 September ini untuk sebutan semula kes.

Dakwa Nora Anne Dirogol Orang Asli, Zikri Armstrong Ditahan Polis

1 Trackback / Pingback

  1. "Patik Sedia Menghadap Tuanku..." - Pemuda Biadap Dengan Institusi Diraja Di Twitter Mohon Maaf - HOIVIRAL

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*