Gara-gara menyebarkan berita palsu yang mendakwa remaja Ireland, Nora Anne Quoirin dirogol oleh Orang Asli, seorang lelaki yang merupakan pengguna Twitter menggunakan nama Zikri Armstrong ditahan polis malam tadi.
BACA : “Polis Yakin Mayat Nora Anne” – Mayat Tidak Berpakaian Ditemui Berhampiran Resort Penginapan
Menurut Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Mohamad Mat Yusop, lelaki itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban pada 7 malam tadi dan kes diserahkan kepada Bukit Aman untuk siasatan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 505 Kanun Keseksaan, memetik Harian Metro.
Buat permohonan maaf secara terbuka di Twitter
Sebaik sahaja tahu dirinya dikehendaki oleh polis, Zikri Armstrong membuat permohonan maaf secara terbuka kepada keluarga mendiang Nora Anne Quoirin dan Orang Asli atas fitnahnya itu.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Baru- baru kita dikejutkan dengan kes kehilangan adik Nora Anne Quoirin yang telah membawa kepada penemuan mayat Nora setelah 10 hari menanti. Secara peribadi, saya sangat sedih dan bersimpati atas nasib keluarga Nora yang datang ke Malaysia untuk berciut dan Insiden sebegini berlaku. Tetapi, kerana saya terlampau mengikut perasaan apabila mengikuti kes tersebut daripada media, saya telah telah membuat satu post di twiter yang agak berbau hasutan terhadap golongan Orang AsIi.
Saya sedar, post mortem sedang dijalankan dan saya tidak patut membuat sebarang spekulasi sama ada dia dirogol, dibunuh atau diculik bunian apatah lagi menyebarkannya di medi sosial yang sangat laju untuk tular zaman sekarang. Semuanya terletak di tangan pihak berkuasa.
Untuk pengetahuan semua, saya pernah bersekolah asrama di negeri sembilan dan mempunyai beberapa rakan yang dan keluarga Orang Asli dan saya tak pernah memandang serong terhadap mereka. Saya menghormati mereka seperti manusia lain. Kami bergurau, bermain bola dan tinggal di dorm yang sama seperti rakan.
Saya amat menyesal dengan tweet tersebut kerana saya tahu Ini boleh merosakkan Imej mereka yang tak bersalah. Saya telah menerima banyak ancaman dari tweet tersebut dan akhirnya akur untuk padam tweet itu.
Saya Juga akan berehat dari semua sosial media dan akan mencari kesedaran diri dan kelakuan saya. Saya sekali lagi memohon maaf ke atas semua komuniti Orang Asli seluruh Malaysia dan saya sangat menyesal dengan kelakuan saya.
Saya memohon maaf kepada PORM Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia kerana membuat tweet yang berbaur hasutan dan fitnah tanpa saya sedari. Kerana terjebak dengan filem seperti CSI saya gemar membuat andaian dan saya tidak patut membiarkan andaian tidak matang berada di sosial media mampu menghasut orang lain.
Setulus hati saya, saya meminta maaf dan berjani untuk tidak mengulangi perkara yang sama.
Zikri Armstrong
Namun semuanya sudah terlambat dan menurut di dalam permohonan maafnya itu dia terjebak dengan filem seperti CSI yang membuatkan dia gemar membuat andaian.
Leave a Reply