“Saya Secara Rasmi Buka Tudung!” – Zarina Anjoulie Dakwa Pakai Tudung Sebab Dipaksa Bekas Suami

Selepas mencetuskan huru-hara di media sosial dengan ‘belanja’ video menari bersama beberapa kenalan wanitanya dengan hanya memakai busana yang sangat seksi hingga menampakkan sebahagian besar payu daranya, pelakon Zarina Anjoulie tampil memohon maaf.

LIHAT : (Video) Isu LGBT, Zarina Anjoulie ‘Hentam’ Pondan Rizulala di Instagram

“Kalau tiada siapa paksa buat apa pakai (hijab). Aku pakai tudung sebab bekas suami paksa,” – jelas Zarina Anjoulie dalam satu komen di Instagram.

Menerusi Instastory, pelakon kontroversi mengesahkan dirinya sudah membuka tudung dan tidak kisah dengan kecaman orang ramai.

“Assalamualaikum, saya secara rasmi buka tudung. Aku tak kisah dengan kecaman sebab bukan korang yang bagi anak aku makan. Jadi jangan kecam,” – jelas Zarina sambil menyanyikan baris perkataan itu tanpa rasa serba salah.

Zarina turut memuat naik kenyataan di Instagram memohon maaf kepada umum yang hampa dengan keputusannya itu, memetik Harian Metro.

“Salam semua, saya nak cakap terima kasih kepada semua yang menyokong dan menasihati serta maki.

“Saya tahu meskipun ada yang maki tapi jauh di lubuk hati kalian betul ikhlas menegur cuma cara teguran itu berbeza. Saya tahu niat anda baik.

“Maaf kepada siapa yang hampa dan terima kasih kepada yang sudi memberi peringatan,” – tulis Zarina.

Nampaknya, strategi Zarina dengan video yang viral itu berhasil apabila kembali rancak membuka ruang promosi kepada peniaga atas talian yang ingin memasarkan produknya di platform media sosialnya.

Video Zarina Anjoulie Menari Seksi Nampak Payu Dara

Carian Anda :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*