Artis Indonesia, Raja Yunika Putri, mengakui telah memaafkan Aliff Aziz yang didakwa mencuri duitnya tetapi Aliff Aziz tetap berdepan tindakan undang-undang kerana laporan polis sudah dibuat.
BACA : Aliff Aziz Ditahan Polis, Didakwa Mencuri Duit Artis Indonesia
Raja Yunika mendedahkan yang dia menyimpan segala bukti termasuk perbualan bersama Aliff Aziz yang mengaku melakukan perbuatan berkenaan, selepas laporan polis dibuat di Singapura, 7 Jun lalu.
“Laporan polis bukan boleh dibuat main-main. Saya juga tidak akan mempermainkan undang-undang. Selain laporan itu, saya simpan lagi pengakuan dirinya mengambil sejumlah wang milik saya.
“Dia mencabar saya membuat laporan (polis). Tetapi, selepas saya menyahut cabarannya, dia meminta saya menarik balik pula laporan itu kerana sudah mengakui perbuatannya,” – Raja Yunika Putri.
Yunika juga akan terbang ke Singapura Ahad ini untuk membantu siasatan kecurian wangnya itu, memetik Berita Harian.
Leave a Reply