Selepas 4 Tahun, Yew Wei Liang Diarah Membela Diri Atas Tuduhan Bunuh Syed Danial

Masihkah anda ingat dengan kejadian yang dikatakan bermula dengan perlanggaran kecil di Lebuhraya Utara Selatan dekat Bangi antara kenderaan suspek dan mangsa pada 4 tahun lalu sekitar jam 1 petang 10 Ogos 2019 yang lalu?

Ya, kejadian yang berakhir dengan meragut nyawa Syed Muhammad Danial Syed Syakir apabila suspek, Yew Wei Liang didakwa melanggar dan menggilisnya berulang kali dengan menggunakan sebuah kereta jenis Toyota Innova.

BACA : Dua Lagi Video Insiden Kemalangan Arwah Danial Dikongsi Netizen Tular

Mahkamah Tinggi hari ini telah mengarahkan Yew Wei Liang, yang kini berusia 45 tahun membela diri atas tuduhan membunuh Syed Muhammad Danial Syed Syakir di Kilometer 293.6, Lebuhraya Utara Selatan dalam kejadian antara jam 1 tengah hari hingga 2 petang pada 10 Ogos 2019.

Hakim Julia Ibrahim membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh di akhir kes mereka.

Katanya, keterangan saksi menunjukkan provokasi bermula apabila tertuduh menyerang mangsa.

“Mengenai isu mempertahankan diri, tertuduh bertindak melebihi haknya apabila berterusan melanggar mangsa (menggunakan kereta) walaupun ancaman ‘dipatahkan’ dan mangsa sedang melarikan diri.

“Selepas meneliti keterangan saksi pendakwaan dan eksibit dikemukakan dengan penilaian maksimum atas keseluruhan keterangan, pihak pendakwaan berjaya membuktikan elemen pertuduhan secara prima facie ke atas tertuduh.

“Tertuduh diperintah membela diri mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” – Hakim Julia Ibrahim.

Memetik Berita Harian, Hakim memberi tiga pilihan kepada tertuduh dengan yang pertama memberi keterangan bersumpah dari kandang saksi kemudian disoal balas oleh pihak pendakwaan.

Pilihan kedua ialah memberi keterangan secara tidak bersumpah di kandang tertuduh tanpa disoal balas oleh pihak pembelaan atau ketiga, berdiam diri.

Wei Liang memohon berbincang dengan peguam sebelum membuat pilihan berkenaan.

Mahkamah menetapkan prosiding bela diri itu pada 16 dan 17 Ogos ini.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin dan Aidatul Azura Zainal Abidin manakala tertuduh diwakili peguam, Wee Chong Keong.

Seramai 20 saksi dipanggil memberi keterangan dalam prosiding yang bermula 27 Oktober 2021 dengan 65 eksibit, dokumen serta barang kes dikemukakan.

“Digilis Berulang Kali” – Lelaki Maut Dilanggar Selepas Kemalangan Kecil

Carian Anda :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*