Selepas bekas isteri Aliff Aziz, Bella Astillah mendedahkan perkara sebenar mengenai tatu namanya di dada Aliff, timbul pula kesan merah di bahagian dada Aliff yang dicacah tatu itu.
Kesan warna merah tersebut telah dipertikaikan oleh segelintir netizen yang didakwa seperti kesan cacahan tatu sebenar.
BACA : “Itu Gambar Lama” – Isu Tatu & Video Bertengkar, Bella Mahu Aliff Aziz Terus Kuat
Disebabkan itu, pelukis inai yang bertanggungjawab melukis ‘tatu’ nama BELLA itu yang dikenali sebagai Lea Henna tampil menjelaskan sebenar menerusi Instagram miliknya @leahenna_artist.
Pelukis henna terbabit menjelaskan kesan merah yang teradpat pada dada Aliff merupakan pewarna merah sirap bagi menampakkan seakan kesan cacahan tatu sebenar.
“Aliff ada minta untuk nampak ukiran tu seakan tatu kekal, jadi kesan merah itu disebabkan abang saya sapu sirap supaya nampak lebih real,
Dia ambil foto itu serta muat naik di FB dia pada 2016 dan saya juga menyaksikan sendiri abang saya menggunakan inai hitam.” – Lea Henna
Lea mengakui dia melihat sendiri abangnya mengukir nama Bella di dada Aliff menggunakan inai hitam dan memuat naik foto tersebut di Facebook pada tahun 2016.
Lea dan abangnya juga tidak mengetahui individu yang bertanggungjawab menyebarkan foto tersebut di laman sosial sehingga menjadi viral selepas 3 tahun foto tersebut dimuat naik di Facebook.
Leave a Reply