“Saya Kecil Hati Dengan Anak & Menantu” – Wanita Merajuk Tinggal Dalam Kereta 40 Hari

Merajuk dengan anak dan menantu, seorang wanita berusia 51 tahun nekad tinggal di dalam kereta sejak 40 hari lalu di Taman Suria, Pendamar, Pelabuhan Klang.

BACA : Ibu Bapa Tak Matikan Enjin Kereta, Bakal Didenda RM500

Menurut wanita yang enggan namanya disiarkan itu, dia mengambil keputusan tinggal di dalam kereta selepas berkecil hati dengan anak serta menantunya sebelum dia keluar daripada rumah.

“Ada perkara yang mereka kata sehingga membuatkan saya kecil hati. Jadi lebih baik saya keluar daripada rumah kerana tidak mahu susahkan mereka.”

“Saya nak keluar dari kawasan itu, namun kereta saya tidak boleh bergerak membuatkan saya terpaksa tinggal di dalam kereta selama 40 hari sebelum dibantu oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS).

“Memang saya ada niat nak pergi rumah anak yang lain, namun belum tentu mereka terima saya. Mesej ucapan Aidilfitri saya pun tidak dibalas,” – jelasnya kepada Harian Metro.

Dia turut berterima kasih kepada penduduk yang menghantar makanan sepanjang berada di dalam Perodua Kancil miliknya itu.

Malah, penduduk di situ ada menawarkan untuk tinggal bersama mereka tetapi dia menolak kerana tidak mahu susahkan mereka.

Dia juga berterima kasih kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang sewakan rumah untuknya dan dia kini sedang mencari kerja dan mahu membuka gerai masakan jika diberi peluang.

Selain itu, wanita terbabit turut menerima bantuan kecemasan zakat sebanyak RM500 bagi memulakan hidup dan LZS turut menyediakan bantuan makanan selain membantu membaiki kenderaannya bagi memudahkan dia keluar mencari kerja nanti.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*