Masak Mi Segera, Wanita Ini Terima Aduan ‘Bau Masakan’ Yang Mengganggu Jiran Tetangga

Hanya kerana masak mi segera, wanita yang tinggal di apartment di Singapura terkejut kerana menerima notis daripada Housing and Development Board mengenai aduan jiran yang mendakwa ‘bau masakan’ dari rumahnya mengganggu mereka.

BACA : Ditetak Jiran Mental, Ketua Polis Daerah Besut Putus Jari Tangan & Cedera Di Kepala

Menurut portal World Of Buzz, wanita yang tinggal bersama sepupunya di apartment itu menerima notis terbabit yang mengatakan pihak berkuasa perumahan itu mahu berbincang mengenai permasalah ‘bau masakan’ yang didakwa berbau busuk.

Namun, sepupu wanita terbabit tergelak kerana hairan menerima notis tersebut sedangkan beberapa hari tidak balik ke rumah dan hanya memasak mi segera selain scrambled eggs.

Wanita itu turut mengaku sememangnya dia menjalankan bisnes katering, namun dia memasak di premis yang lain dan mereka juga berlesen untuk menjalankan perniagaan mereka.

Semoga wanita ini tabah mempunyai jiran-jiran seperti mereka ini.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*