Seorang wanita yang dilahirkan tanpa memiliki alat sulit terpaksa menjalani pembedahan untuk membina alat sulitnya daripada kulit ikan tilapia.
BACA : Cerita Sebenar Ikan Tilapia Diberi Makan Babi
Jucilene Marinho yang berasal dari Brazil membuat pembedan tersebut selepas menyedari dia dilahirkan dengan Mayer-Rokitansky-Küster-Hause (MRKH) ketika berusia 15 tahun.
Pembedahan tersebut dilakukan di Universiti Persekutuan Ceara Brazil yang dijalankan oleh pakar sakit puan, Dr Leonardo Bezerra.
Prosedur itu memerlukan para doktor mengadakan satu ruang antara alat sulitnya dengan bahagian dubur bagi membolehkan acuan ikan tilapia dimasukkan.
Kulit ikan tilapia dipilih kerana ianya mudah untuk diperolehi di Brazil dan ianya digunakan kerana apabila ia bersentuhan dengan badan pesakit, ia berfungsi sama seperti ‘stem cells’ dan diserap ke dalam tisu bersel pesakit.
Akhirnya, ia akan berubah dan menghasilkan dinding yang seakan sama dengan alat sulit asli dan selepas enam bulan bersetuju menjalani prosedur itu, Jucilene dapat melakukan hubungan kelamin buat kali pertama dengan teman lelakinya.
Leave a Reply