Seorang wanita maut serta-merta selepas terjatuh dari tingkat 9 bangunan flat di Rusia ketika melakukan hubungan intim dengan pasangannya dalam satu parti liar di beranda kediaman itu.
Manakala umur pasangannya panjang apabila masih hidup selepas terjatuh di atas teman wanitanya itu, malah terus bangun semula dan kembali menyertai parti liar itu.
Mangsa berusia 30 tahun itu ditemui mati di tingkat bawah bangunan tersebut di St Petersburg pada malam 5 Julai lalu.
Menurut saksi kejadian, mereka ternampak sebuah televisyen dicampak keluar dari tingkap kediaman selepas mangsa dan pasangannya berusia 29 tahun terjatuh ke tingkat bawah.
Polis tiba di tempat kejadian selepas dihubungi oleh saksi dan polis percaya pasangan itu sedang melakukan hubungan intim di beranda sebelum terjatuh.
Pada mulanya, polis menyangka mangsa mati akibat ditimpa televisyen, tetapi gambar di tempat kejadian menunjukkan dengan jelas mangsa dalam keadaan separuh bogel dari pinggang ke bawah.
Ketika kejadian, terdapat dua lelaki berada di kediaman itu tetapi tidak terlibat dalam kes tersebut dan polis kini sedang menjalankan siasatan.
Sumber : DailyMail
Leave a Reply