Wanita Malaysia Terkejut Nangka Dipotong Seperti Tembikai Di Supermarket Luar Negara

Seiring dengan perkembangan zaman, nampaknya supermarket di negara Barat juga mengambil kesempatan untuk menjual buah-buahan dari negara Asia iaitu nangka, namun dijual dalam bentuk (potong) yang melucukan.

BACA : Burger Durian Musang King & Keju Mozzarella Dikecam Netizen, Ada Yang Nak Muntah

Seorang wanita Malaysia yang dikenali sebagai Mei Tan, berkongsi pengalamanya di Facebook, melihat buah nangka dijual di salah sebuah supermarket di Amerika dipotong seperti buah tembikai.

Menurut Mei Tan, dalam perjalanannya ke Whole Foods Market in Wheaton, Illinois, dia terkejut apabila seumur hidupnya, buat pertama kali dia melihat buah nangka yang gah di Asia Tenggara diperlakukan sedemikian rupa.

“This is how Whole Foods cut up nangka (jackfruit).
I don’t know whether to laugh or to cry. #fail” – tulis Mei Tan di Facebook.

Ramai netizen yang meninggalkan komen pada posting Mei Tan itu menyifatkan staff di supermarket terbabit tidak menyelidik terlebih dahulu bagaimana untuk mengupas buah nangka.

Jika diikutkan, zaman sekarang semuanya ada di Google dan Youtube, hanya mengambil masa beberapa saat sahaja untuk mempelajarinya. Heh!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*