Sangat pelik tabiat seorang wanita yang berasal dari Paignton, Devonshire apabila suka memakan bedak bayi selama lebih 10 tahun lalu.
Lisa Anderson yang berusia 44 tahun itu terpaksa mendapatkan bantuan pakar untuk menangani ketagihannya itu.
BACA : “Jangan Kecam Aku…” – Lelaki Review Makanan Kucing Dengan Nasi Goreng
Sebelum ini, tiada sesiapa yang tahu tentang tabiat peliknya itu sehinggalah bekas kekasihnya terserempak dia memakan bedak.
Menurut Lisa, pada awalnya dia mengalami depresi dan begitu mudah cemas. Walaupun keputusan diagnos rasmi belum dinyatakan, Lisa berkemungkinan disyaki mengalami masalah pica.
Lisa menjelaskan dia mula memakan bedak selepas melahirkan anak lelaki kelimanya kira-kira 15 tahun lalu.
Memetik Metro.co.uk, Lisa juga membelanjakan antara AS$13 (kira-kira RM53) seminggu untuk membeli bedak bayi kegemarannya untuk menjadi makanannya.
“Saya sentiasa ada bekalan bedak bayi itu di rumah untuk kegunaan anak-anak, sehinggalah pada satu hari ketika di bilik mandi, baunya begitu mengancam sekali.
“Ada sedikit bedak yang terkeluar dari bahagian atas botol dan tiba-tiba saya teringin mahu memakannya dan hasrat itu tidak dapat dilawan lagi.
“Saya hanya menjilatnya dari tangan dan benar-benar menikmatinya,” – Lisa.
Bermula pada itu, Lisa mula ketagihan bedak bayi dan perlu menjamahnya setiap 30 minit.
Bagaimanapun, jika berada di tempat awam, Lisa akan mengunyah gula-gula getah pudina bagi mengurangkan ketagihan kepada bedak bayi.
“Paling lama saya tidak menjamah bedak bayi adalah selama dua hari dan ia bagaikan saat paling buruk dalam hidup saya,” – Lisa
Untuk info, pica adalah masalah gangguan makanan yang dikaitkan dengan perlakuan yang tidak sepatutnya, iaitu keinginan memakan sesuatu yang bukannya makanan.
Antara gejala penyakit itu adalah memakan sesuatu yang bukan makanan secara terus menerus, kotoran, rambut, logam, kerikil, abu dan tanah liat.
Leave a Reply