Biasanya kita dengar cerita perempuan atau pun isteri kena jual oleh suami kan? Berbeza dengan tahun 2020 ni, kejadia di Kenya ni berbeza apabila si suami pula kena jual oleh isterinya.
BACA : Jual Isteri RM586 Di Facebook, Demi Biaya Persekolahan Anak
Memetik portal Mirror, Edna Mukwana telah menjual suaminya dengan harga 1,700 Kenyan Shilling (RM68) kepada perempuan simpanan lelaki itu.
Seminggu sebelum menjual suaminya, Edna mendapati suaminya curang dan mempunyai perempuan simpanan selepas kantoi dilihat bersama di atas katil di dalam bilik.
Selepas berfikir, Edna mengambil keputusan untuk menjual suaminya kepada kekasih suaminya dengan harga Ksh2,000 tapi wanita itu hanya membayar sebanyak beri Ksh 1,700.
Dengan hasil wang yang dia dapat dari menjual suaminya, Edna gunakan untuk membeli pakaian tahun baru buat anak-anaknya.
“Saya telah menggunakan semua wang untuk membeli pakaian tahun baru untuk anak-anak saya.” – Edna
Apabila ditanya sama ada Edna sanggup menerima suaminya semula, Edna menjawab tahun baru ini dia nak mulakan hidup baru dan tak nak bawa apa-apa permasalahan dari tahun 2019.
Leave a Reply