Seorang wanita mendakwa dirinya menghidapai penyakit misteri iaitu terasa sakit dari dalam telinga dan tidak dapat mendengar suara lelaki.
Penaykit misteri ini dialami oleh wanita yang dikenali sebagai Chen ini sejurus bangun dari tidur dan menyebabkan Chen tersebut bergegas ke hospital dan mencari punca kepada penyakit misteri tersebut.
Sebaik sahaja doktor merawat, doktor mengesahkan Chen mengalami masalah hilang pendengaran berfrekuensi rendah apabila tidak dapat mendengar suara yang lebih rendah dan mendalam, atau deeper sound.
Suara rendah dan mendalam kebanyakkannya dihasilkan oleh lelaki, manakala wanita pula menghasilkan suara yang lebih nyaring dan berfrekuensi tinggi.
Penyakit misteri yang dialami Chen yang berasal dari bandar Xiamen, Timur China ini juga dihidapi oleh satu dalam 13,000 pesakit yang mengalami masalah pendengaran.
Sumber: The Express Tribune
Leave a Reply