Tidak Mahu Digelar Andartu, Wanita Ini Nekad Berkahwin Dengan Selimut

Seorang wanita berusia 49 tahun kecewa apabila masih belum bertemu dengan pasangan hidup dan sudah penat untuk mencari jodohnya.

Wanita dikenali sebagai Pascale Sellick yang berasal dari Exeter itu, telah merancang untuk berkahwin dengan selimutnya kerana semua hubungannya yang terdahulu tidak bertahan lama.

Kalau korang nak tahu, ‘bakal’ suami Pascale mempunyai nama yang sangat unik iaitu ’10tog’ yang sebelum ini dipanggil oleh rakan-rakan Pascale sebagai Johnny.

Menurut portal BBC News, Pascale yang merupakan seorang artis memberitahu pasangannya yang terdahulu tidak tahan kerana sikapnya yang kasar.

“Saya mencintai selimut saya kerana ia sentiasa berada di sisi untuk memberikan pelukan. Majlis perkahwinan kami diadakan secara besar-besaran dengan muzik, persembahan dan hiburan,” – Pascale Sellick.

Berbeza dengan ’10tog’, yang dapat memahami dirinya, lantas membuatkan Pascale nekad berkahwin dengan selimut kesayangannya itu.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*