Seorang wanita yang berusia 23 tahun yang dikenali sebagai Harnaam Kaur tidak malu dengan janggutnya yang lebat dan anggota badannya yang lain pun berbulu seperti lelaki.
Harnaam Kaur mula mengalami penyakit genetik Stein-Leventhal syndrome (polycystic ovaries) ini pada usia 11 tahun di mana hormon beliau mula menunjukkan perbezaan yang ketara dari hormon wanita.
Pada mulanya beliau merasa malu dengan orang ramai sehingga mencukur bulu yang tumbuh di mukanya hampir setiap hari. Tetapi selepas mendapat sokongan dan nasihat daripada keluarga dan rakan-rakan, akhirnya beliau membiarkan sahaja bulu-bulu yang tumbuh terutamanya janggut yang lebat.
Beliau memberitahu sekarang beliau lebih selesa dan terasa lebih feminin dan seksi!
Leave a Reply