Seorang wanita meluahkan rasa kecewa apabila menghubungi talian kecemasan 999 untuk menerima bantuan segera, namun respon yang diterima daripada operator 999 sangat memeranjatjan dan tidak masuk akal.
BACA : Cuba Meragut Seorang Wanita, Peragut Kena ‘Kenduri’ Orang Ramai
Menerusi Facebook, wanita yang dikenali sebagai Thivya Veelurajan berkongsi detik cemas dan kejadian ngeri apabila rumahnya dimasuki perompak dan keluarganya diserang secara ganas, dia terus bertindak menghubungi talian kecemasan 999 pada jam 2.37 pagi.
Namun malang bagi Thivya apabila operator 999 menyuruh dia menelefon ‘Bilik Gerakan’ untuk mendapatkan respon segera.
“Kami call 999 pada pukul 2.37 a.m. Mestilah itu je nombor yang boleh ingat masa tengah suspen macam ni kan? Tapi tak, nampaknya kami perlu call ‘Bilik Gerakan’ supaya dorang boleh ambil tindakan segera.
“Berapa ramai antara kita yang tahu apa itu ‘Bilik Gerakan’ dan nombor dia? Kalau anda tak tahu baik ambil tahu sekarang sebab apparently, 999 bukan nombor yang sepatutnya dihubungi bila berlaku kecemasan.” – tulis Thivya Veelurajan di Facebook.
Menurut Thivya, sebelum dia menghubungi 999, lebih kurang pukul 2.30 pagi, kakaknya datang ke bilik membawa bayinya yang baru berusia 8 bulan memberitahu yang ada orang sedang cuba untuk pecah masuk rumah mereka.
Tidak lama selepas itu, Thivya mendengar ibu bapa dan neneknya menjerit sebelum dia berlari ke ruang tamu. Dia melihat semua ahli keluarganya ada di situ dan tiga lelaki bertopeng sudah berada di dalam rumahnya dan menyerang semua ahli keluarganya.
“Mereka kelar bapa saya dengan parang, lempang dan pukul ibu dan makcik saya dengan kayu tebal.
Nenek saya yang berusia hampir 90 tahun diseret keliling rumah tanpa belas kasihan.
Kakak saya dan bayinya diugut dengan parang.” – tulis Thivya Veelurajan.
Thivya mengatakan bernasib baik kerana tiada nyawa yang melayang selama 45 minit mereka diserang sebelum tiga perompak tersebut melarikan diri menggunakan kereta Thivya.
Namun, yang lebih mengecewakan, selama 45 minit itu, tiada seorang polis pun yang datang ke rumah mereka dan mengatakan polis hanya datang di lorong belakang rumah dan selepas itu parking di hujung jalan selama 17 minit.
“Kamu (polis) dah datang dekat lorong belakang rumah, sampai dekat rumah ketiga dan buat U-turn lepastu park kereta dekat hujung jalan dan duduk dekat situ selama 17 minit sampai perompak tu lari. Kamu cari rumah ni dari situ ke?” – tambah Thivya Veelurajan lagi.
Kalau ikutkan Thivya membuat panggilan kecemasan pada pukul 2.37 pagi, dan selepas itu kakaknya membuat satu lagi panggilan beberapa minit kemudian dan satu lagi panggilan dibuat pada pukul 3.30 pagi dan operator 999 memberitahu alamat yang diveri oleh Thivya adalah salah.
“Kamu tak datang tolong sampai 3.30 pagi, dua panggilan dah dibuat awal. Saya nampak kereta polis dekat hujung jalan rumah. Kamu nampak perompak tu lari dengan kereta saya. Dia masuk kereta depan mata kamu!
“Lari melepasi kereta kamu sambil tak buka lampu. Kenapa kamu tak kejar dorang?”
So, berdasarkan kejadian ni, apa prosedur sebenar hotline ‘999’ ni? Bukan untuk benda macam ni ke?
“Post ini bukan untuk salahkan sesiapa. Saya jumpa ramai pegawai polis yang bagus selepas insiden ini dan buat kerja dengan baik. Pun begitu, sistem panggilan kecemasan 999 perlu diperbetulkan!” – tambah Thivya Veelurajan lagi.
Bagaimana pun, apa yang Thivya jelaskan adalah benar kerana semasa kita dalam kecemasan, dalam kepala kita hanyalah nombor 999 sahaja yang dibayangkan.
Pada masa sedemikian, nombor telefon kita sendiri pun kita lupa apatah nombor yang panjang seperti nombor telefon ‘Bilik Gerakan’ yang dikatakan oleh operator 999 itu.
Leave a Reply