Baru-baru ini tular sebuah video perbualan seorang anggota polis kantoi menayangkan kemaluannya kepada seorang wanita warga Filipina yang dipercayai teman wanitanya menggunakan aplikasi Skype.
Video berdurasi dua minit 23 saat itu yang memaparkan pegawai tersebut masih memakai uniform polis didakwa dirakam di sebuah balai pada awal tahun ini.
Menurut laporan Sin Chew Daily, video tersebut pada mulanya viral di WhatsApp group polis trafik kira-kira pukul 8 malam Ahad lalu.
Laporan akhbar Cina itu mendedahkan pegawai tersebut bertugas di bahagian Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPKK) Petaling Jaya.
Apa yang memeranjatkan, pegawai polis berusia 55 tahun itu didakwa sudah berkahwin dan mempunyai sembilan anak.
Selain itu, akhbar China Press melaporkan pegawai polis itu mengaku menunjukkan alat kemaluannya kepada teman wanitanya semasa panggilan video tersebut dibuat sekitar pukul 6 petang.
Sama ada laporan polis sudah dibuat berhubung video itu, itu tidak dapat dipastikan.
Manakala Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din memberitahu kepada mStar dan mengesahkan siasatan dalaman sedang dijalankan terhadap anggota berkenaan.
Sumber : mStar Online
Leave a Reply