Ketua Polis Negara (KPN) Datuk Seri Abdul Hamid Bador akhirnya memberitahu Cyber Security Malaysia (CSM) telah mengesahkan bahawa video seks yang melibatkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Azmin Ali adalah tulen.
BACA : Cyber Security Malaysia (CSM) Dedah Identiti Lelaki Dalam Video Semburit Haziq
Tapi malangnya, agensi tersebut tidak dapat mengenal pasti dua orang lelaki dalam rakaman tersebut seperti mana tuduhan ke atas Azmin dan Haziq sebagai pelaku di dalam video semburit itu.
Menurut Abdul Hamid, untuk memastikan siapa yang berada di dalam video tersebut tidak berada dalam bidang kuasanya dan sebab itulah pihak polis menghantar video ke Cyber Security.
“Jawapan yang kami terima … mereka (Cyber Security) memberitahu ianya ‘authentic’ (tulen) tetapi tidak boleh 100% kepastian siapa yang berada di dalamnya,” – jelas Datuk Seri Abdul Hamid Bador kepada mStar Online
Apa yang mengejutkan, Abdul Hamid mendedahkan video tersebut dihasilkan oleh pihak yang diupah dengan ratusan ribu ringgit oleh pemimpin sebuah parti politik.
“Hasil siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan bahawa wujud pakatan jahat yang didalangi oleh seorang pemimpin sebuah parti politik, bertujuan mengaibkan dan menjatuhkan reputasi individu tertentu.
“Video yang disebarkan dengan tujuan membangkitkan kegusaran masyarakat tersebut telah dihasilkan oleh pihak yang diupah dengan ratusan ribu ringgit,” – jelas Abdul Hamid kepada Sinar Harian
Bagaimana pun, Abdul Hamid tidak mendedahkan siapa pihak yang diupah dan siapa yang memberi upah tidak dijelaskan secara terperinci.
Cyber Security Malaysia (CSM) Dedah Identiti Lelaki Dalam Video Semburit Haziq Kepada Polis
Leave a Reply