Seorang lelaki melecur teruk di bahagian paha selepas bateri peralatan vape tiba-tiba meletup di dalam poket seluarnya.
Lelaki yang dikenali sebagai Nader Harb itu berasal dari Cleveland, Ohio bersiap untuk membuka kedai daging tempat dia bekerja.
Semasa membuat kerja, Harb terkejut apabila bateri jenis LGHG2 di dalam poket kanan seluarnya meletup dan terbakar.
Harb memfailkan saman terhadap pengeluar bateri, LG Chem baru-baru ini, dan menurut saman yang difailkannya, dia memberitahu dia terpaksa berguling di atas lantai untuk memadamkan api.
Lelaki terbabit kemudian dibawa ke hospital dan menerima rawatan kerana melecur pada sebahagian besar paha kanannya.
“Kesakitan yang saya alami lebih teruk daripada dilanggar kereta.
“Maksud saya, saya pernah cedera akibat mesin dan dilanggar kereta tetapi kesakitan yang dialami tidak seperti ini,” – jelas Harb kepada stesen televisyen WKYC.
Lelaki itu bertindak menyaman LG, syarikat elektronik Korea Selatan yang memiliki pembekal bateri itu memandangkan nyawanya nyaris melayang dalam kemalangan itu.
Sumber : Agensi
Leave a Reply