Selepas isu Uqasha Senrose memegang tangan Shah Iskandar baru-baru ini mendapat kritikan hebat dari netizen, akhirnya Uqasha memohon maaf kepada isteri Shah iaitu Sarah.
Mungkin tidak mahu rumah tangga Shah berantakan, Uqasha memberitahu sudah memohon maaf kepada Sarah melalui pesanan kepada Shah.
“Saya ada menyampaikan pesanan melalui Shah kepada isterinya bahawa saya meminta maaf dan minta dia jelaskan perkara sebenar pada majlis berkenaan, saya tiada apa-apa hubungan dengan suami dia. Saya tidak mahu perkara ini menimbulkan perasaan tidak senang terhadap saya. Shah sudah beritahu isterinya tentang itu dan dia juga faham situasi kami.” – Uqasha Senrose
Nama Uqasha Senrose semakin panas selepas tindakan Uqasha membuka tudung tahun lalu dan satu persatu spekulasi timbul termasuklah isu pegang tangan suami orang ini.
kapan