Upload Gambar Cium Seluar Dalam Wanita, Lelaki Psycho Ini Didenda RM3000

Gara-gara mencuri seluar dalam wanit dan memuat naik gambarnya mencium seluar dalam tersebut, seorang lelaki berusia 34 tahun di Singapura telah ditahan polis.

BACA : Curi Lebih 150 Seluar & Baju Dalam Wanita, Lelaki 61 Tahun Dipenjara 30 Minggu

Lelaki yang menggunakan akaun Wei Ming Lim di Instagram itu dipercayai mencuri seluar dalam wanita yang dah dipakai di kawasan perumahan seperti Tampines, Yew Tee, Singapura untuk memuaskan nafsu iaitu mencium pakaian dalam wanita.

Salah satu gambar yang viral menunjukkan lelaki berkaca mata itu memegang seluar dalam jenis G-string berwarna pink dengan kapsyen, “Public Sniffing. Block 356 Tampines Street 33”.

Gambar Wei Ming Lim yang paling viral di media sosial

Menurut portal Mothership, pada 16 Ogos, polis mengesahkan bahawa mereka telah menahan seorang lelaki kerana disyaki terlibat dalam kes gangguan awam selepas polis menerima pelbagai laporan mengenai gambar lelaki terbabit di Instagram pada 15 Ogos.

Menurut pihak polis, sekiranya disabitkan kesalahan, lelaki itu dikenakan denda sehingga S$1,000 (RM3,100).

Curi Lebih 150 Seluar & Baju Dalam Wanita, Lelaki 61 Tahun Dipenjara 30 Minggu

Carian Anda :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*