“Untuk Apa Saya Mengaku Atau Tidak…” – Syafiq Kyle

Semenjak panggilan video seks yang didakwa Syafiq Kyle bersama ‘wanita’ dikenali sebagai Mira menjadi viral di laman Twitter sejak malam Ahad lalu, kini Syafiq tampil mendedahkan perkara sebenar di sidang media tertutup yang diatur pengurusannya dan berlangsung di sebuah hotel di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur, malam tadi.

BACA : “Aku Merayu Kat Kau Delete Semua Video-video Tu…

“BETUL atau tidak orang dalam video yang tular itu adalah saya atau sebaliknya, saya tetap akan meneruskan kehidupan dan lupakan apa yang sudah berlaku.

“Saya juga serahkan kepada penilaian dan spekulasi netizen jika mereka menganggap jawapan yang diberikan ini tergantung atau sebaliknya,” – Syafiq Kyle.

Syafiq Kyle ada juga memberitahu kepada pihak media yang penjelasan semalam adalah yang muktamad dan terakhir kerana tidak mahu memanjangkan isu video yang viral itu sekali gus menghormati Ramadan. Ooo.. macam tu…

“Untuk apa saya mengaku atau tidak dalam perkara ini kerana yang bertanggung-jawab memanjangkan atau menyelesaikan perkara ini adalah diri sendiri.” – Syafiq Kyle

Syafiq ni bagus sebab tidak menyalahkan sesiapapun dalam perkara itu dan menganggap apa yang berlaku sebagai dugaan yang paling besar sebagai selebriti.

ArtisBuzz – Untung kan jadi artis ni sebab ada 1001 jawapan yang ‘bernas’.

Carian Anda :

1 Trackback / Pingback

  1. Isu Video Lucah, Syafiq Kyle Mahu Aiman Tino Berfikir Dengan Waras - TEHPANAS

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*