Menerusi Facebook milik ‘Uncle Kentang’ atau nama sebenarnya Kuan Chee Heng, dia telah meluahkan rasa kesal dengan individu yang melemparkan kata-kata kesat ke atasnya dengan menggelarkannya seekor anjing.
Uncle Kentang yang terkenal dengan menjalankan kerja-kerja amal di negara ini bagi membantu mereka yang memerlukan dengan percuma ini juga didakwa dia mahu menunjuk-nunjuk kebaikan yang dilakukan.
“Saya dimarah pariah dan anjing oleh seorang lelaki India yang profil penuh dengan politik PH baru-baru ini dalam Facebook.
Dia follower saya, oleh sebab itu saya senyum dan bertenang sahaja apabila didakwa sebagai macai BN.” – Kuan Chee Heng
Surat yang bersama dalam status terbaru Uncle Kentang di Facebook
Dia juga memohon agar pemimpin India yang ada sekarang menyediakan hotline 24 jam untuk membantu kaum India agar tahu betapa sengasaranya hidup sebahagian besar India di dalam Malaysia.
Leave a Reply