Ummi Nazeera Bersyukur Bapa Kena Penjara 31 Tahun

Pelakon Ummi Nazeera terharu melihat ibunya gembira selepas hakim menjatuhkan hukuman penjara 31 tahun terhadap bapanya, Datuk Zainulabadin Mat Akhir, 64 tahun.

Bapa kepada pelakon wanita itu didapati bersalah terhadap 10 pertuduhan menggunakan dokumen palsu berhubung surat perletakan jawatan dan pemindahan saham milik isteri keduanya, sembilan tahun lepas.

Abaikan 10 pertuduhan bapa Ummi Nazeera dan kita bangkitkan tanggungjawab seorang anak yang gembira dan bersyukur kerana seorang bapa kandung dipenjara selama 31 tahun.

Bukan Ummi Nazeera sahaja yang bersyukur, malah abang dan ibunya turut bersyukur dengan hukuman yang dikenakan kepada Datuk Zainulabadin Mat Akhir.

Walaupun benar bapa anda bersalah, tapi ingatlah yang bapa anda itu adalah wali kepada anda. Tanpa beliau anda tidak akan muncul di dunia ini ya Ummi Nazeera.

“Saya mengagumi ibu saya yang begitu tabah melalui segalanya. Saya dan abang saya sentiasa di belakang ibu saya,” – Ummi Nazeera.

ArtisBuzz – Tepuk tangan sebab tengok bapa dipenjara 31 tahun.

Carian Anda :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*