Penyanyi To’ki cedera parah di tangan kirinya selepas diserang oleh tiga lelaki ketika kejadian dia dalam perjalanan pulang dari pusat beli-belah, Selayang Mall ke rumahnya di Taman Koperasi Polis Fasa 2, Batu Caves, Gombak, Selangor.
BACA : Kisah To’ki Daif Viral Di Facebook, DJ Dave Sedang Jejaki To’ki
Dalam kejadian yang berlaku sekitar pukul 8 malam semalam, dia diserang tiga orang lelaki yang menaiki dua motosikal menyerangnya menggunakan pisau.
“Mereka mahu merampas barang yang berada dalam bakul motosikal saya. Walhal barang-barang tersebut hanyalah alatan untuk saya melukis,” – To’ki.
Disebabkan kecederaan tersebut, To’ki telah menjalani pembedahan selama lima jam di Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menyambung semula urat-urat tangannya yang terputus akibat serangan tersebut.
Dalam pada itu, Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez sempat melawat To’ki untuk memberi sokongan dan semangat kepadanya, memetik Kosmo Online.
Datuk Freddie Fernandez menjelaskan To’ki perlu menjalani rawatan fisioterapi selepas ini kerana tangannya digunakan untuk bermain gitar dan memandangkan bermain muzik adalah punca rezeki utamanya.
Leave a Reply