Tiga Gadis Melayu Bertudung Dipeluk & Dicium Artis Korea Boleh Didenda & Dipenjara

Susulan dari aksi cium dan peluk oleh tiga gadis melayu bertudung bersama artis korea, kumpulan B1A4 di Kuala Lumpur pada konsert Sabtu lalu, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) membuka kertas siasatan berhubung aksi sumbang tersebut yang melampaui batas agama Islam. (Klik sini untuk tonton video)

Penguatkuasa Jawi berkata, jika disabitkan kesalahan, ketiga-tiga wanita tersebut boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Peminat K-pop ini juga diminta tampil untuk membantu menyelesaikan siasatan pihak Jawi.

“Sehubungan itu, bahagian penguatkuasaan Jawi telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 29 Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1977 (Akta 599) Perbuatan Tidak Sopan Di Tempat Awam.

“Mereka yang terlibat diminta tampil bagi membantu siasatan.

“Jika disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya,” – Jawi.

TehPanas – Adakah ketiga-tiga gadis ini tampil bersama artis K-pop yang disayangi mereka ini?

Carian Anda :

1 Trackback / Pingback

  1. Isu Peluk Cium Kumpulan K-Pop : Itu Hanya Parodi Babak Romantik Drama Sahaja – B1A4

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*