Tidak Puas Hati Layanan Kasar Polis Selepas Enggan Tanda Tangan Saman

Seorang lelaki berasa kesal dan tidak puas hati dengan layanan polis yang didakwanya kasar semasa dia ditahan dalam satu operasi sekatan jalan raya (road block) di Jalan Batu Sinar berhampiran Jalan Universiti di Kampar baru-baru ini.

Lelaki yang dikenali sebagai Ng Chee Guan, 56 tahun memberitahu dia baru sahaja selesai menghantar anaknya ke sebuah institusi pengajian tinggi di kawasan berkenaan apabila ditahan polis pada satu sekatan jalan raya.

Sejurus ditahan, seorang anggota polis mendakwa dirinya telah melakukan kesalahan iaitu memandu kereta ketika lampu isyarat merah tapi Chee Guan telah menafikannya, memetik Sinar Harian.

“Setelah lesen memandu saya diperiksa, seorang lagi anggota polis datang dan arahkan untuk tanda tangan saman trafik yang dikeluarkan.

“Saya tak mahu tanda tangan. Kemudian anggota polis berkenaan rampas kunci kereta dan arahkan saya keluar,” – Ng Chee Guan.

Chee Guan keluar dari kereta, tetapi masih tidak menandatangani surat saman berkenaan dan pada masa itu anggota polis tersebut mengambil gambarnya dan keluarkan surat saman yang kedua atas ‘kesalahan’ enggan tanda tangan notis saman berkenaan dan meminta dia rujuk mahkamah.

1 Comment

  1. Berani tahan kaum ni. Mereka kan memerintah Negara ni. Kan, dah viral. Lepas aje, biarlah mereka tak ikut peraturan pun.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*