THR Gegar Putar Azan Maghrib Awal, Rakyat Kelantan Bengang

Disebabkan oleh stesen radio THR Gegar yang memutarkan azan Maghrib lima minit awal daripada waktu sepatutnya, ramai rakyat negeri Kelantan bengang kerana ada sesetengah mereka berbuka puasa awal.

BACA : Gara-gara Ponteng Pantang, Sharifah Sakinah Dikecam Peminat

Namun ramai yang tidak berpuas hati dengan THR Gegar dan meminta pihak radio memberi penjelasan mengenai kesilapan itu di laman sosial Facebook THR Gegar.

THR Gegar memberi respon di laman sosial Facebook, menjelaskan mereka mengalami masalah teknikal menyebabkan azan Maghrib diputarkan terlebih awal dari masa yang sepatutnya.

Netizen mendesak supaya THR Gegar membuat permohonan maaf secara terbuka supaya orang lain dapat menerima penjelasan mengenai isu ini tetapi hanya permohonan maaf melalui komen di laman sosial sahaja yang dibuat oleh THR Gegar setakat ini.

Pihak THR Gegar juga menggesa sesiapa yang berbuka puasa mengikut azan Maghrib dari radio itu wajib mengganti puasa dan Nik Mohd Nizam Mohd Nasir, Penolong Pegawai Agama (Dakwah) Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan turut memberitahu rakyat Kelantan wajib ‘qadha’ puasa jika mengikut hukum mazhab.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*