Tegar & Ibunya Kembali Menjadi Pengemis Selepas Ditipu Pengurus

Penyanyi cilik Indonesia yang terkenal di Indonesia dan Malaysia iaitu Tegar kini hilang sumber pendapatan selepas ditipu oleh pengurusnya sendiri dan langsung tiada wang simpanan selepas bersama pengurusnya itu.

Menurut laporan di ROTIKAYA, sumber yang merupakan bekas perhubungan awam syarikat rakaman naugan Tegar, ibu tegar sekarang kembali mengemis apabila Tegar yang kini berada di Malaysia tidak mengirim wang kepada ibunya di kampung.

Selain ditipu, Tegar juga dilarang oleh pengurusnya itu untuk menghubunginya di kampung dan Tegar juga dikurung oleh pengurusnya.

“Kasihan ibunya kini kembali mengemis kerana mereka tiada wang. Tidak sangka ‘A’ tergamak aniaya Tegar. Dia kini berada di kampung kerana tidak bekerja lagi”

“Saya simpati dengan Tegar. Pasport Tegar telah dibawa lari bekas pengurusnya ‘A’. Disebabkan itu Tegar tidak boleh ke mana-mana dan terpaksa menolak tawaran persembahan di Malaysia kerana tiada passport,”

“Saya dapat tahu ‘A’ di sini. Dia biarkan Tegar terkontang-kanting selepas dia dah tipu budak tu. Banyak duit Tegar habis disebabkan dia”

“Ibu Tegar pernah beritahu kepada salah seorang ahli kelab peminat Tegar di Malaysia yang anaknya tidak mempunyai sebarang simpanan sejak bersama ‘A’,”  kata sumber.

Sekarang ini Tegar tidak boleh kemana-mana dan terpaksa menolak tawaran persembahan di Malaysia kerana passportnya disimpan oleh pengurusnya.

Jika keadaan ini berterusan, Tegar akan tiada sumber pendapatan dan terpaksa untuk kembali menjadi pengemis.

 

Carian Anda :

1 Trackback / Pingback

  1. Tegar Diliwat & Penderaan Seksual Oleh Bekas Pengurus

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*