Tarikh bermula sesi persekolahan bagi tahun 2015 sama ada sekolah rendah atau sekolah menengah telah ditangguhkan selama seminggu akibat daripda banjir yang sedang melanda negara sekarang masih berterusan khususnya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia.
Sebelum ini tarikh persekolahan telah dijadualkan pada 4 Januari 2015 (Kedah, Kelantan, Terengganu & Johor) dan pada 5 Januari 2015 bagi negeri-negeri yang lain.
Dengan penangguhan tarikh sesi persekolan ini, tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015 bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu & Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad). Manakala bagi negeri-negeri lain di seleuruh Malaysia akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin).
Penangguhan ini juga dibuat setelah mengambilkira :
a) Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai PPS atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan; dan
b) Keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka.
Sekiranya keadaan banjir tersebut pulih, maka pihak pengurusan sekolah hendaklah menggunakan tempoh tersebut untuk mengadakan gotong royong pembersihan kawasan sekolah masing-masing bagi memastikan anak-anak kita dapat belajar dalam keadaan selamat, selesa dan sempurna.
Semua kenyataan ini telah didedahkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin dan juga merangkap Menteri Pendidikan Malaysia.
Leave a Reply