Sebelum ini ramai yang membincangkan pasal gaji kakitangan kerajaan untuk bulan September 2015 di laman sosial. Ramai yang mengatakan tarikh gaji untuk bulan September 2015 diawalkan memandangkan sambutan Hari Raya Aidiladha yang tidak lama lagi akan menjelma.
Tidak kurang juga yang menyangkal pendapat sesetengah individu dan mengatakan tarikh gaji mengikut jadual biasa setiap bulan iaitu paling lewat 24 haribulan.
Tarikh sebenar gaji kakitangan kerajaan untuk bulan September 2015 yang tepat adalah 17 September 2015 iaitu hari Khamis ini.
Ini kerana untuk semua yang bakal menyambut perayaan tersebut membuat persediaan lebih awal.
Untuk melihat tarikh gaji bulan Oktober 2015, November 2015 dan Disember 2015 boleh rujuk di artikel ini.
Manakala tarikh gaji kakitangan kerajaan tahun 2016, kami akan kemaskini sebaik sahaja mendapat sumber yang sah bagi tarikh gaji tersebut.
Leave a Reply