Sudah pasti ramai yang telah menerima bayaran pertama untuk Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M 2015) pada minggu lepas yang mula dibayar pada 12 Januari 2015 walaupun mengikut tarikh yang ditetapkan pada 15 Januari 2015.
Tetapi tidak dinafikan ramai juga rakyat Malaysia yang masih belum menerima bayaran pertama BR1M 2015 untuk isi rumah yang berpendapatan bawah RM3,000 dan isi rumah yang lebih, manakala yang bujang mungkin masih belum menerima bayaran (penuh) sebanyak RM350.
(Klik untuk kemaskini borang BR1M 2015 secara online)
Kemungkinan besar mereka yang masih belum menerima bayaran BR1M 2015 pada disebabkan akaun bank yang didaftarkan tidak sah atau akaun bank yang tidak aktif. Terpaksalah menunggu baucer BR1M 2015 diposkan kepada anda mengikut alamat yang diisi di dalam borang sama ada melalui online atau menghantar borang di LHDN.
Penerima BR1M 2015 yang terdiri daripada 3 kategori iaitu (1) Pendapatan Isi Rumah Bawah RM3,000 dan (2) Pendapatan Isi Rumah RM3,000 – RM4,000 masing-masing akan menerima bayaran BR1M 2015 yang kedua pada 28 Mei 2015 dan bayaran ketiga pada 28 September 2015.
(Klik untuk semak status BR1M 2015 anda)
Manakala kategori Individu Bujang Berumur 21 Tahun Ke Atas Berpendapatan RM2,000 Ke Bawah cuma dibayar sekali sahaja pada 15 Januari 2015 dengan jumlah penuh iaitu RM350.
Jika anda masih belum menerima bayaran BR1M 2015 yang pertama pada minggu lepas, anda boleh cuba mengemaskini borang BR1M 2015 anda secara online atau semak status anda dengan mengikut cara yang kami sediakan.
(Klik untuk kemaskini borang BR1M 2015 secara online)
(Klik untuk semak status BR1M 2015 anda)
- tarikh pembayaran brim 2016 (558)
- tarikh brim 2016 (285)
- jadual brim (251)
- brim 2016 bila dapat (167)
- tarikh bayaran brim 2016 (154)
dah cek kjp td x msk pn lg.Am bank