Kepada penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020, masa yang ditunggu-tunggu sudah pun tiba. Penerima BSH 2020 akan menerima bayaran fasa pertama pada 20 Januari 2020 iaitu Isnin minggu hadapan.
Pembayaran BSH 2020 fasa pertama ini akan dibayar kepada kategori keluarga sahaja, manakala kategori bujang dan kategori Orang Kurang Upaya masing-masing akan dibayar pada fasa kedua.
Untuk tarikh pembayaran BSH 2020 fasa kedua pula, tarikh tersebut akan diumumkan dalam masa terdekat selepas proses pembayaran bagi fasa pertama selesai dilakukan.
Jumlah keseluruhan pembayaran BSH Kategori Keluarga
RM1000 – Pendapatan isi rumah RM2000 dan ke bawah.
RM750 – Pendapatan isi rumah RM2001- RM3000
RM500 – Pendapatan isi rumah RM3001 – RM4000
Apa yang menarik bagi kategori keluarga ini, tambahan RM120 bagi setiap orang anak berumur 18 tahun dan ke bawah. Ianya terhad kepada 4 orang kecuali keluarga yang mempunyai anak yang OKU, ianya tiada had umur.
Pembayaran BSH Kategori Bujang & Orang Kurang Upaya (OKU)
Kategori bujang akan menerima pembayaran RM300 bagi pemohon yang berpendapatan kurang dari RM2,000. Manakala kategori Orang Kurang Upaya (OKU) yang berumur 18 tahun ke atas dengan pendapatan kurang dari RM2,000 akan menerima bayaran sebanyak RM300.
Tahniah kepada semua penerima BSH 2020 ini dan semoga bantuan ini dapat mengurangkan sedikit beban untuk perbelanjaan harian korang.
Leave a Reply