Tarikh Sebenar Bonus Penjawat Awam (2014) Diumumkan

Kami percaya hari ini ramai pejawat awam atau kakitangan kerajaan kecewa kerana bonus setengah bulan gaji untuk tahun 2014 belum lagi dimasukkan ke dalam akaun bank masing-masing seperti khabar angin yang mengatakan tarikh bonus 2014 adalah 5 Januari 2015.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah telah mengumumkan mengenai tarikh bayaran bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 dan bantuan khas RM250 kepada pesara kerajaan akan dibayar melalui akaun bank masing-masing pada 15 Januari 2015.

“Dalam Bajet 2015, kerajaan mengumumkan pemberian bonus sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM500 kepada penjawat awam dan bantuan khas sebanyak RM250 kepada pesara kerajaan.

“Pemberian bonus dan bantuan khas ini dijadualkan dibayar bersekali dengan gaji bulan Januari 2015, tetapi kini diawalkan pembayarannya,” – Ahmad Husni.

Banyak khabar angin yang mengatakan tarikh bonus penjawat awam dibayar pada 5 Januari 2015, tetapi ternyata khabar angin itu tidak benar kerana penjawat awam atau kakitangan kerajaan negeri Johor sahaja yang menerima bonus pada tarikh tersebut.

Carian Anda :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*