Sebelum ini, penyanyi Tajul mendedahkan yang dirinya sudah bersedia untuk menyambut kelahiran cahaya mata pertamanya yang dijangka lahir pada bulan ini.
BACA : “Saya Takut Hilang Peminat” – Tajul Mengakui Sorok Perkahwinan
Menurut Tajul, dia juga mendapatkan nasihat dan panduan daripada adik-beradiknya mengenai persediaan sebelum dan selepas kelahiran.
“Semua dah lengkap, barang ibu dan anak semua saya dah beli. Insya-Allah dijangka hujung bulan ini isteri melahirkan cahaya mata pertama kami.
“Saya ada dapat pandangan daripada adik-beradik yang sudah berkahwin, macam mana nak jaga orang pantang, tentang pemakanan, apa yang perlu dibuat di hospital dan benda-benda asas lain.
“Sejujurnya, saya memang tak sabar nak tengok wajah baby tapi dalam masa sama rasa gementar. Iyalah tak ramai jadi bapa dalam usia muda,” – jelas Tajul kepada mStar.
Malah, isteri penyanyi tersebut, Nurul Shamieza Eddie, turut membuat permintaan agar dia menemaninya ketika berada di bilik bersalin dan Tajul akan memberanikan diri menyaksikan sendiri proses kelahiran tersebut.
“Isteri ada meminta saya untuk beri sokongan semasa di bilik bersalin… kita tengoklah macam mana, tak tahulah kalau muntah atau pengsan nanti.
“Kami tak pernah lagi lalui momen ini dan ia pasti satu detik yang sungguh bermakna, saya akan beranikan diri dan reda saja dalam bilik itu nanti.” – Tajul
Bagaimana pun, jantina bayi anak mereka nanti akan dimaklumkan selepas bayi mreka lahir.
“Saya Tidak Keluar Hujung Minggu, Takut Dikerumuni Peminat” – Tajul
Leave a Reply