Ramai rakyat Malaysia yang terkejut dengan berita mengenai Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang terpaksa diterbangkan ke Malaysia dari Filipina malam tadi.
BACA : “Semua Orang Ada Sejarah…” – Syed Saddiq Komen Isu Gambar Lama Menari Di Kelab Malam
Sebenarnya, Syed Saddiq mengalami masalah apendiks sejak beberapa hari lalu dan malam tadi untuk menjalani pembedahan di sebuah hospital di Kuala Lumpur yang tidak dinyatakan.
Disebabkan itu, dia terlepas menyaksikan secara langsung majlis penutupan rasmi Sukan Sea ke-30 di stadium terbesar dunia, Philippines Arena, di Bulacan, Manila Filipina, malam ini.
“Alhamdulillah pembedahan berkenaan berjaya dan beliau kini dalam keadaan stabil.
“Kami memohon agar beliau diberikan ruang untuk berehat dalam tempoh pemulihan ini dan tiada pelawat dibenarkan buat seketika waktu,” – jelas wakil Pejabat Menteri Belia dan Sukan kepada Harian Metro.
Difahamkan Syed Saddiq sebelum ini sudah diberikan ubat semasa di Manila, namun terus dimasukkan ke hospital pada malam tadi setibanya di Kuala Lumpur akibat tidak dapat menahan kesakitan lagi.
“Semua Orang Ada Sejarah…” – Syed Saddiq Komen Isu Gambar Lama Menari Di Kelab Malam
Leave a Reply