“Semua Orang Ada Sejarah…” – Syed Saddiq Komen Isu Gambar Lama Menari Di Kelab Malam

Semalam viral di media sosial Twitter mengenai gambar lama yang dipercayai Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sedang rancak menari dengan rakan-rakannya.

Namun, sebagai seorang menteri yang berkaliber, dia tidak cepat melatah, malah menerusi Twitter Syed Saddiq, dia membuat pengakuan bahawa individu yang didakwa dirinya itu sememangnya dia.

Menurut Syed Saddiq lagi, dia menegaskan gambar tersebut adalah gambar lama yang diambil pada tahun 2013.

“Semua orang ada sejarah, termasuk saya. I cannot change my past, but i can change my future.

I owned up to it. Saya mengaku dan tidak mahu menipu. Ini pada tahun 2013. Isu lapuk.

Jom bincang isu dasar, isu negara. Focus should be on the rakyat.” – tulis Syed Saddiq di Twitter

Dia juga mendakwa setiap orang mempunyai sejarah dan ianya adalah isu lapuk dan sekarang masa hanya untuk fokus dengan isu negara.

Pengakuan Syed Saddiq itu mendapat perhatian netizen dan dia menerima pujian daripada netizen kerana bersikap jujur mengenasi gambar tersebut.

Carian Anda :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*