“Saya Akan Pam Susu Badan Setiap 4 Jam Sekali” – Syatilla Melvin Kongsi Tips

Sebagai seorang ibu yang masih menyusukan anak, Syatilla Melvin telah berkongsikan tips menyusu buat kaum ibu, khususnya bagi yang berpuasa di bulan Ramadan.

Syatilla berkongsikan tips tersebut melalui video menerusi Instagram miliknya dan memberitahu seorang ibu yang menyusukan anak secara normal perlu mengamalkan pemakanan berkhasiat serta minum air dengan secukupnya.

“Hari ke 4 puasa ni susu badan mami ok dak? Ni tilla share tips untuk banyakkan susu badan.

“Pastikan mami makan dan minum secukupnya waktu buka dan sahur ye. Elak dari makan pedas, kafien, makanan terlalu manis dan berminyak.” – tulis Syatilla

Syatilla yang merupakan isteri kepada Shaheizy Sam juga memberitahu supaya kaum ibu makan dan minum secukupnya semasa berbuka puasa dan bersahur.

Carian Anda :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*