Suspek Kes Samun Dan Rogol Di Sebuah Premis Judi Mati Jatuh Bangunan

Kes samun dan rogol di sebuah premis judi berakhir pada malam tadi apabila suspek kedua kes tersebut mati selepas terjatuh dari tingkat 12 PPR Semarak, Setapak, malam tadi apabila cuba melarikan diri dengan turun ke bawah menerusi jeriji dapur rumah di tingkat 12 PPR Semarak, Setapak.

BACA : Mangsa Rogol & Samun Di Kedai Mesin Judi Hilangkan Diri

Pihak polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Selangor dan Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Serdang telah melakukan serbuan ketika jam 10.10 malam, polis telah mengetuk pintu beberapa kali sambil memperkenalkan diri namun suspek enggan membuka pintu.

Oh ya, sebelum ini pemilik atau majikan mangsa rogol dan samun sahaja yang membuat laporan polis, dan mangsa iaitu warga Indonesia bersama seorang lagi pekerja premis telah tampil membuat laporan di Balai Polis Bandar Kinrara selepas lima hari menyembunyikan diri di rumah rakannya di selatan tanah air.

Carian Anda :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*