Kes bunuh seorang pemandu Grab yang dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu yang dibunuh sebelum dibuang ke kawasan semak di pantai Kampung Shahbandar, Tuaran, Sabah membawa kepada dua suspek yang berasal dari Sabah dan seorang lagi warga Filipina.
BACA : Penumpang Hina Melayu & Islam, Pemandu Grab Buat Laporan Polis
Hasil siasatan polis, dua suspek yang merupakan penumpang terakhir ditahan dan mengaku menyamun dan membunuh mangsa.
Semalam gambar dua suspek telah didedahkan oleh netizen di laman sosial dan netizen sekali lagi berjaya menemui Facebook suspek warga Filipina yang menggunakan nama BabyNash Indanan.
Apabila dilihat pada Facebook miliknya, lelaki yang berasal dari Zamboanga City, Filipina itu membuat video live di Facebook memaparkan dia tengah duduk berehat seperti seolah-olah tiada apa yang berlaku.
Gambar kedua-dua suspek pembunuh pemandu Grab
Video live tersebut dibuat oleh suspek sehari selepas kehilangan pemandu Grab, Mohammad Hanafiee Jaafar dan sebelum itu suspek juga sempat memuat naik gambar kekasihnya pada jam 5.48 pagi, 24 Mei 2019, hari yang sama Mohammad Hanafiee Jaafar dilaporkan hilang.
Leave a Reply