Biasanya mi ramen atau pun sup ramen akan dihidangkan dengan bahan tambahan lain seperti keju, telur, ayam dan sebagainya.
Berbeza dengan salah sebuah restoran terkemuka di Yunlin, Taiwan, apabila mereka menyediakan menu tersebut bersama seekor katak yang tidak dipotong dan disiang.
Restoran itu mendedahkan memperkenalkan menu itu merupakan makanan eksotik terbaharu yang diberi nama Frog Frog Ramen.
“Jangan Kecam Aku…” – Lelaki Review Makanan Kucing Dengan Nasi Goreng
Restoran Taiwan Yuan Ramen menjadi viral di media sosial kerana menyediakan menu tersebut dengan ramuan tertentu iaitu katak yang besar, tidak disiang dan bertenggek di atas mangkuk mi.
Di Facebook, restoran itu memberitahu bahawa ramen katak hanya boleh dipesan pada malam Selasa dan Rabu sahaja tetapi dalam jumlah yang sangat terhad, dengan harga NT$250 (RM37) semangkuk.
Jangan risau kalau korang tak nak makan dan datang semata-mata untuk mengambil gambar pun boleh, tetapi korang akan dikenakan caj sebanyak NT$100 (RM15).
Yuan Ramen juga mendedahkan resipi Frog Frog Frog Ramen terdiri daripada sup ikan klasik, mi ramen klasik, kerang, dan 200g katak yang tidak dipotong, tanpa disiang dan ditaburkan dengan bawang hijau.
Sumber : Oddity Central
Leave a Reply