Sebelum ini titah Baginda Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar telah mengharamkan penjualan vape di negeri Johor yang akan bermula pada 1 Januari 2016 tahun hadapan.
Walaubagaimanapun, banyak suara-suara sumbang yang tidak bersetuju dengan pengharaman vape ini oleh Sultan Johor namun tidak berani bersuara.
Syahredzan Johan yang merupakan seorang peguam telah tampil menegaskan dalam satu kenyataan di lamasn sosial Facebook beliau bahawa sultan tidak mempunyai kuasa eksekutif untuk mengharamkan vape kerana bidang kuasa itu di bawah Kerajaan Negeri.
“Jika larangan itu dilaksanakan, ia hanya melibatkan pengharaman menjual produk vape di peringkat majlis tempatan.
“Kerajaan negeri tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengharamkan perbuatan menghisap vape kerana bidang kuasa itu di bawah Kerajaan Persekutuan,” – Syahredzan Johan
Adakah pengharaman penjualan vape di negeri Johor akan memberi kesan kepada pengguna atau penghisap tegar vape? Mungkin tidak.
Walaupun tidak dijual di kedai di negeri Johor, vape masih boleh dibeli daripada di tempat (negeri) lain atau membeli secara online dengan mudah.
TEHPANAS – Vapor ni macam bagus bila sedut benda tu… Phuiii!
Leave a Reply