Satu pendedahan eksklusif oleh penyanyi Sufi Rashid melalui sebuah video yang tersebar di laman sosial Facebook, mendakwa dirinya pernah dirogol oleh bekas ayah tirinya, Arif Dollah yang sebelum ini dituduh meliwat dirinya.
Ini mendatangkan tidak puas hati Arif Dollah yang mengatakan Sufi senagja mengungkit kembali kisah dua tahun lalu di mana isu tersebut dikatakan telah selesai kerana tiada bukti yang mengatakan bapa tirinya dan juga merupakan bekas pengurusnya mencabul dia.
“Sudah-sudahlah tu nak tuduh saya liwat. Tak penat ke nak ungkin kisah lapuk. Gunalah cara lain untuk naikkan nama sendiri. Kes tersebut pun dah tutup dua tahun lalu sebab tak ada bukti yang mengatakan saya mencabul dia.
“Namun, saya tahu dia memang suka dan tidak akan berhenti cipta kontroversi atau membuat isu panas. Ini juga adalah cara dan strategi yang dia dah atur untuk mempromosikan lagu terbaru dan dia bakal sertai program AF All Stars.
“Saya tak kisah apa yang dia buat, tapi saya nak dia berhenti kaitkan saya dalam mana-mana kontroversi dia lagi,” – Arif Dolah.
Arif mendakwa Sufi sengaja membuat kontroversi yang lapuk dan telah pun selesai dan mahu mengalih perhatian umum kerana ketika ini dia terpalit dengan kontroversi digelar anak durhaka oleh ibunya iaitu Irma Suriana Mahamud.
Sebelum ini, Arif Dolah telah dituduh oleh penyanyi dari Indonesia, Tegar Septian membuat laporan polis di Singapura kononnya menjadi mangsa gangguan seksual oleh Arif Dolah dan mendakwa bekas anak tirinya itu bersekongkol dengan Tegar untuk membuat tuduhan tanpa bukti dan akhirnya kes itu ditutup.
Leave a Reply