Susulan rakaman video seorang pegawai polis yang viral dikatakan mahukan duit dirakam oleh isteri kepada pemandu lori baru-baru ini mendapat perhatian umum.
BACA : “Kesian Orang Tuduh Dia Macam-macam…” – Anak Anggota Polis Sedih Ayah Diherdik
Semalam, pemandu lori, M Kevin Raj,33 tahun, dan isterinya R Loganayagi, 29 tahun itu didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh, di dua mahkamah berasingan dengan tiga pertuduhan membabitkan kes yang viral itu.
Malah, Kevin Raj juga didakwa beberapa kesalahan lain termasuk waran tangkap membabitkan saman trafik tertunggak, memetik Harian Metro.
Kevin Raj didakwa di Mahkamah Majistret Jenayah 2 mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas seorang pegawai polis iaitu Sub Inspektor Zulkifli Md Asid dengan cara enggan mengikut arahan untuk ikut ke balai polis supaya boleh diberikan surat saman atas kesalahan jalan raya.
Kevin Raj mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang didakwa dilakukan di tepi Jalan Pasir Putih – Lahat, di Ipoh, pada 9.45 pagi Khamis lalu.
Selain disabitkan kes dadah, dia juga didakwa dengan tujuh kesalahan trafik sejak 2003 hingga 2014 yang mempunyai empat waran tangkap dan mengaku bersalah terhadap kesemua pertuduhan berkenaan dan didenda RM1,700 atau 35 hari penjara jika gagal membayar.
Manakala isterinya, Loganayagi didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 kerana menggunakan perkataan menghina seorang pegawai polis dengan menuduh pegawai itu meminta wang ketika ditahan untuk pemeriksaan.
Macam biasa, dia pun tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan serta dikenakan jaminan RM1,000 dengan seorang penjamin.
Rupa-rupanya, isteri kepada pemandu lori turut didakwa atas pertuduhan mengikut Seksyen 427 dan 160 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat menghempas topi keledar ke cermin hadapan kereta hingga retak dan gaduh gempar dengan dua individu lain pada 12.30 tengah hari 14 Oktober lalu di Buntong, Ipoh.
“Kesian Orang Tuduh Dia Macam-macam…” – Anak Anggota Polis Sedih Ayah Diherdik
Leave a Reply