Seorang lelaki sanggup menceraikan isterinya dan lari menghilangkan diri selepas isterinya melahirkan anaknya, Muhammad Pandhu Firmansyah 5 bulan lepas.
Menurut Dina Oktavia, suaminya berbuat demikian kerana malu dengan anak mereka yang dilahirkan cacat dan sudah sebulan meninggalkan dia dan anaknya.
“Suami saya sudah satu bulan ini pergi, katanya malu punya anak tidak sempurna.” – jelas Dina Oktavia kepada TribunNews.
Bagaimanapun, doktor telah mengesahkan Pandhu menghidap penyakit Hydrocephalus yang menyebabkan kepalanya membesar.
Lagi menyedihkan apabila keluarga mentua Dina juga tidak mengaku Pandhu sebagai cucu mereka kerana keluarga suaminya memang tidak merestui perkahwinan mereka disebabkan latar belakang keluarga Dina yang miskin.
Kisah sedih Dina mendapat perhatian banyak pihak selepas disiarkan di media sosial dan ramai yang mahu berjumpa serta menghulurkan bantuan kepada Dina bersama anaknya.
Leave a Reply